Pages

Tuesday, 13 October 2015

Oh, Tuhan..

Tuhan,

Malam ini aku rasa seperti ingin pulang,
Kembali ke serambi aman,
Bersimpuh dalam dakapan iman.

Tuhan,

Malam ini hati aku paling tidak keruan,
Dosa-dosa kering dan basah yang aku simpan,
Seperti buih di lautan.

Friday, 25 September 2015

Cerita

Aku tidak punyai kawan seramai kamu untuk aku bercerita dan berkongsi rasa apabila jiwa diserang sengsara.

Yang aku ada hanyalah blog yang tak seberapa ini, yang hanya ada 3 orang pengikut termasuk aku sendiri.

Oh, terlupa pula. Aku pernah ada sahabat yang pernah kucurahkan semua atas dasar percaya dan sumpah bersaudara. Namun sahabat itu hanya tinggal nama. Sahabat lebih rela mengejar cinta daripada setia kepada si konon bersaudara yang dikenalinya sudah 7 tahun bersama.

Muktamadnya, aku memilih untuk tidak bercerita kepada siapa-siapa. Aku tak ingin dunia menjadi hakim kepada kisah ini. Biarlah aku yang menjadi petualangnya. Biar aku simpan ingatan ini dalam lipatan blog yang usang ini. Biar bungkam semua cerita. Biar aku sahaja yang menikmati azabnya sebuah cerita.

Sunday, 19 April 2015

Penjahat

Dialah penjahat dalam setiap cerita cinta yang kau baca.
Dialah pendusta dalam setiap nafas yang kau hela.
Dialah pendosa dalam setiap bait puisi yang kau cipta.
Walaupun pada suatu ketika,
Si Syaitan itu bertukar Malaikat dan mahu terbang ke angkasa mencari Penciptanya.
Namun direnggut dan dikoyak kepak malaikat balik jatuh tersembam ke neraka.
Si pendosa bingung sebingung-bingungnya.
Si pendosa itu pendosa tegar.
Dia pendosa tegar.
Dia punca segala dosa dan duka.
Ya. Benar.
Dialah penjahat yang sering kau baca dalam cerita cinta.

Monday, 13 April 2015

Kasih

Sekalung cinta yang kau bawa pergi
Secangkir rindu yang kusisihkan
Setabur cinta yang kau bawa lari
Sehiris duka yang kupalitkan

Saturday, 28 February 2015

Maka berhijrahlah aku ke wilayah sepi
Diangkut bayu-bayu duka
Disemboyan gema-gema hampa
Dibuang di sungai kecewa

Maka berhijrahlah aku ke wilayah sepi
Diarak gerodak jiwa
Disembelih lidah nista.

Wednesday, 19 November 2014

Far off on the horizon, I saw a lady in a yellow dress, she was wearing a blue headscarf, and she looked decent, for me at least. It was when I was sitting at my work table, when I noticed a slight but significant change in the ever beautiful atmosphere - she was the change.

The lady seemed to be waiting for someone as she kept glancing on her tiny wrist watch, which was as tiny as her arms. As she waited, I waited too. My eyeballs could not stop tracking where her eyeballs went. She must be in her late twenties, I think.

Under a shady tree she stood. And my eyes too, felt the shade that she might feel. Her beauty was a little out of the ordinary; an electrifying yellow shade to my sight. I must admit that it only took me three seconds to fall in love with her.

Tuesday, 18 November 2014

Saya nak jadi superhero.
Saya nak ada satu kuasa luar biasa untuk menjadi satu aset bagi umat manusia.
Saya nak selamatkan manusia semua.
Saya nak tembak-tembak musuh kemanusian dengan Gelombang Kuasa saya.
Saya nak ke situ,saya nak ke sana, saya nak ke mana-mana sahaja.
Saya nak terbang ke mana jua.
Saya nak itu, saya nak ini.
Saya nak semuanya.
Sebab saya superhero.
Saya boleh buat apa sahaja.