Pages

Thursday, 15 October 2015

Meskipun kau rasa aku tiada tahu untuk menjagamu, perlukah engkau pergi mencari lelaki lain selain aku?

Terdetik di benakku. Adakah benar perasaan kau itu, bahawasanya aku tidak menjagamu? Aku sudah lari dari kebiasaanku untuk kau seorang. Aku tidak berkorban untuk kau. Ya, benar. Aku tidak berkorban langsung. Sekurang-kurangnya itu yang kau mahu dengar kan?

Aku bukan pendengar yang baik? Ya, sekali lagi kau betul. Setiap cerita yang kau ceritakan walau berulang kali tidak pernah lekang dari minda.

Aku kelihatan seperti tidak tahu menjagamu? Ya, sekali lagi kau benar. Aku memang tak jangka kau akan beralih arah, aku benar-benar sangka kau akan bersauh pada kepercayaan yang aku sandarkan pada kau. Namun hubungan ini memang tidak mudah.

Aku mahu lesap dari ingatan kau secepat yang boleh. Kerana jika aku masih berada di sana, aku mungkin sudah dibunuh oleh prasangka beribu-ribu kali.

Aku sudah cukup dibunuh.

Walau apa pun hujah yang aku kemukakan, engkau tetap akan betul dan benar. Sebetul-betulnya, dan sebenar-benarnya.

Ini bakal jadi catatan terakhir tentangmu. Tiada lagi perlu aku abadikan sakit ini dalam kata-kata pada hari muka, kerana, setiap kali aku menulis dan mengingatimu, AKU MEMBUNUH DIRI AKU SENDIRI.

No comments:

Post a Comment