Ingin aku berlari ke setiap inci dan sudut dunia
dan laung "aku minta maaf!"
sebab aku salah satu daripada mereka
aku minta maaf!
sebab aku salah satu daripada mereka
yang berbuat durhaka
yang beraksi durjana
yang bernafas celaka
ingin aku selam dalam dalam ke dalam kolam
selam ku cari Pak Katak
yang lebih banyak berteriak
memuji Yang Satu tanpa bongkak
ini aku, sembahyang lima waktu pun ada yang luak
itu pun sibuk bergasak mencari khalayak
untuk koleksi piala ibadat yang tak berapa nak enak
maafkan aku dunia!
maafkan aku!
jasad hampa ini seakan taknak kembali
jiwa ranah ini seolah tak sedar-sedar lagi!
maafkan aku dunia!
kerana aku khalifah yang lemah
setelah dibantai teruk oleh ammarah dan lawwamah
Namun
Percayalah padaku dunia!
kerana khalifah yang pernah punah ini
masih dipapah oleh sisa rahmah.
Lokasi: Ruang tamu, depan TV atas lantai.
masa: 1045 pagi
cuaca: redup dan sayu
setting: darkened living room
No comments:
Post a Comment