Pages

Tuesday 20 October 2015

السلام  عليكم 
Mimbar Pagi~

Dari Abu Musa r.a katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)":

"Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati Tuhannya seperti orang yang hidup dan orang yang mati.'"

[Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari]

Keterangan:
Rasulullah SAW memberi perumpamaan seperti di dalam hadis ini ialah untuk meminta umatnya sentiasa mengingati Allah SWT setiap masa dengan berzikir. Berzikirlah setiap waktu samada dari lidah dan dari hati kerana sesungguhnya zikir dapat mengubati hati........Wallahu'Alam

Allah SWT berfirman:
"Oleh itu, ingatilah Aku (berzikirlah kepada-Ku dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), nescaya Aku akan mengingati kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku, serta janganlah kalian kufur terhadap-Ku (nikmat-Ku)."

(Surah al-Baqarah 2:152)

(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)

Sunday 18 October 2015

Funny

It's a funny thing, I mean, I am funny, when every single time I am flooded with morose, I happen to end up here. Well, here is the dimension where I usually pour my heart out, when things get ugly.

I changed a lot in a few months. Never had i imagined that life would be this way. This course of life is one that I never thought of. I am afraid, a further contemplation on this matter would blow off my blood capillaries.

I am really sorry that IT happened. I wish I could turn back time. I wish I were not this broken.

Malam

Aku mahu bermalam di malam yang paling malam, agar malam yang semalam ini bisa aku malamkan dalam satu malam. Selamat malam, Malam.

Thursday 15 October 2015

Btw, please be informed that I dont need someone who loves to sulk and let her emotion decides!

Hahahaha.

Bro. Bosan. Serik. Ciao.

Meskipun kau rasa aku tiada tahu untuk menjagamu, perlukah engkau pergi mencari lelaki lain selain aku?

Terdetik di benakku. Adakah benar perasaan kau itu, bahawasanya aku tidak menjagamu? Aku sudah lari dari kebiasaanku untuk kau seorang. Aku tidak berkorban untuk kau. Ya, benar. Aku tidak berkorban langsung. Sekurang-kurangnya itu yang kau mahu dengar kan?

Aku bukan pendengar yang baik? Ya, sekali lagi kau betul. Setiap cerita yang kau ceritakan walau berulang kali tidak pernah lekang dari minda.

Aku kelihatan seperti tidak tahu menjagamu? Ya, sekali lagi kau benar. Aku memang tak jangka kau akan beralih arah, aku benar-benar sangka kau akan bersauh pada kepercayaan yang aku sandarkan pada kau. Namun hubungan ini memang tidak mudah.

Aku mahu lesap dari ingatan kau secepat yang boleh. Kerana jika aku masih berada di sana, aku mungkin sudah dibunuh oleh prasangka beribu-ribu kali.

Aku sudah cukup dibunuh.

Walau apa pun hujah yang aku kemukakan, engkau tetap akan betul dan benar. Sebetul-betulnya, dan sebenar-benarnya.

Ini bakal jadi catatan terakhir tentangmu. Tiada lagi perlu aku abadikan sakit ini dalam kata-kata pada hari muka, kerana, setiap kali aku menulis dan mengingatimu, AKU MEMBUNUH DIRI AKU SENDIRI.