Phew. Today was dreary. A freelance physiotherapist came to our hostels and I got the chance to allow him to do some clinical tests for my knee. The result was.....
Ha ha.
Allah,
Hari ini aku rasa sangat sedih dan tertekan. Segala benda yang aku buat hari ini serba tak kena. Allah, adakah hukuman ke atas aku sudah bermula?
Allah,
Hari ini aku rasa macam nak baring saja atas katil. Berat sungguh perasaan aku. Rasa macam ditetak berkali-kali oleh bilah yang tajam.
Allah,
Selama ini aku tak bersyukur atas limpah rahmat-Mu. Kasihanilah aku kembali. Kasihilah aku kembali.
I thought all the drama was over, the moment you said you had discovered the wisdom behind my protectiveness. But it goes on and on, and i've gone weary too out of this. I do not want it to become too complicated; i have explained my verdicts, my thoughts over and over again, and i used to hope you would understand. Sadly, you keep slaughtering me with your negative thoughts.
I am sorry. Is it that I am too much to take, or I am too little to be acknowledged?
Tuhan,
Malam ini aku rasa seperti ingin pulang,
Kembali ke serambi aman,
Bersimpuh dalam dakapan iman.
Tuhan,
Malam ini hati aku paling tidak keruan,
Dosa-dosa kering dan basah yang aku simpan,
Seperti buih di lautan.
Aku tidak punyai kawan seramai kamu untuk aku bercerita dan berkongsi rasa apabila jiwa diserang sengsara.
Yang aku ada hanyalah blog yang tak seberapa ini, yang hanya ada 3 orang pengikut termasuk aku sendiri.
Oh, terlupa pula. Aku pernah ada sahabat yang pernah kucurahkan semua atas dasar percaya dan sumpah bersaudara. Namun sahabat itu hanya tinggal nama. Sahabat lebih rela mengejar cinta daripada setia kepada si konon bersaudara yang dikenalinya sudah 7 tahun bersama.
Muktamadnya, aku memilih untuk tidak bercerita kepada siapa-siapa. Aku tak ingin dunia menjadi hakim kepada kisah ini. Biarlah aku yang menjadi petualangnya. Biar aku simpan ingatan ini dalam lipatan blog yang usang ini. Biar bungkam semua cerita. Biar aku sahaja yang menikmati azabnya sebuah cerita.