Pages

Sunday, 31 March 2013

Asyik

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
CintaMu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

(Ya Allah, selamatkanlah kami.)





Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-asyik-damasutra.html#ixzz2P683RjVI

Saturday, 16 March 2013

Garismasa Twitter Bersalut Cinta


Apabila aku skrol garismasa twitter
Aku nampak
Cinta, cinta, cinta, cinta,cinta,cinta,
Cinta,cinta,cinta,cinta,cinta,cinta,
Ribuan, jutaan tema cinta
Cinta monyet, cinta tiga segi, cinta gila,
Cinta terhalang, cinta pandang pertama,
Cinta palsu, cinta kahwin, putus cinta

Ini semua cerita-cerita cinta
Yang bagi aku tidak perlu dikongsi kepada semua
Yang bagi aku tidak perlu diuar-uar satu dunia
Yang bagi aku cukup disimpan sendiri sahaja

Tak perlu nak kecoh-kecoh bercerita
“ya!aku dah jatuh cinta”
“ya!aku dilamun cinta!”
“ya!aku dah putus cinta!”
“dunia! Lihat aku ni, kesian ditinggalkan cinta!”
Apa kita ini hidup dengan satu genre sahaja?
Yakni cinta?

Itu fi’il anak melayu di twitter
Selalu berbicara tentang cinta
Cita-cita entah ke mana
ke laut sudah agaknya
dimamah bilis-bilis dan ikan aya
kasihan anak melayu kita.





Monday, 11 March 2013

Tujuh Pagi di Hospital Kuala Lumpur

tujuh pagi di hospital kuala lumpur
pagi-pagi lagi aku dah jejak hospital kuala lumpur
pagi-pagi lagi dah kuhembus kuhirup nafas kotor
pagi-pagi lagi dah dikepung oleh pagar masa yang tak pernah lentur

tujuh pagi di hospital kuala lumpur
dari dulu lagi para pesakit berjam-jam beratur
untuk hanya beberapa minit menyembah tuan doktor

aku di sini
di hospital kuala lumpur
ditemani wajah-wajah yang akur
pada tujuh pagi di hospital kuala lumpur


7.15 pagi
di luar jabatan ortopedik 
hospital kuala lumpur.

Saturday, 9 March 2013

Jika perkataan keluar seketul-seketul


Jika perkataan keluar dari mulut
Seketul
Seketul
seketul
Diluah
Dimuntah
Diludah
Gedebuk
gedebak
gedebik
mengisi kosmos-kosmos
memenuhi ruang-ruang angkasa
pasti tak muat lagi dunia untuk dihuni

jika perkataan keluar dari mulut
seketul
seketul
seketul
aku nampak kau punya abjad dari pangkal hati
kau nampak aku punya aksara sunyi
aku nampak kau punya gah
kau nampak aku punya latah

jika perkataan keluar dari mulut
seketul
seketul
seketul
tidak halimunan malahan pejal,
legap
tajam
meruap-ruap
panas
ganas

jika perkataan keluar dari mulut
gedebuk
gedebak
gedebik



9/3/2013
11.28 malam 
kamar lahad