Pages

Friday, 6 December 2013

Please get out of my dreams.
Git.
Go away.


Coretan

Apis kata dia teringin nak tengok aku jadi wakil UIA.
Aku terkedu. Apis sangat menghargai bakat yang ada pada aku.
Hati kecil aku sangat tersentuh dengan harapan yang mungkin tidak tergapai itu.
Main futsal pun kaki aku masih terketar-ketar menahan pedih, ini kan pula main bola.
Aku tidak tahu menahu akan perihal skru yang ditanam dalam lutut aku 10 bulan yang lepas.
MRI tiada. Apa pun tiada.
Lutut aku sakit lagi. Aku rasa prospek untuk aku kembali beraksi makin menipis.
Tiap-tiap petang aku cuma buat fisio di bilik.
Ramai kawan yang ajak main. tapi aku menolak.
fisio sangat bosan dan menjelikkan. setiap kali aku angkat pemberat di kaki, setiap kali itu jugalah tahap kebosanan aku semakin melonjak.
aku jemu hidup dalam persekitaran yang tiada cabaran.
aku mahu bergasak dalam padang sampai aku berkeringat puas macam dulu.
dah lama aku tak berlari. dah lama aku tak menggelecek. dah lama aku tak rasa gagah dan perkasa.
kadang-kadang aku rasa seperti aku berseorangan dalam menempuh dugaan ini. namun aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku. Allah akan sentiasa mencurahkan cinta-Nya kepada aku. Allah Maha Adil.

                                                                               Allah akan selamatkan aku.

Sunday, 1 December 2013

Blogwan Di Bawah Yang Aku Senaraikan Bukan Aku

Aku bukan blogwan
yang bisa mencanting kata
seindah pelangi

Aku bukan blogwan
yang memahat duka
di dinding sepi

Aku bukan blogwan
yang mencatat sakit
di pinggir malam

Aku bukan blogwan
yang hilang perlahan
dalam keramaian.


hening pagi
persona: blogwan tak tegar
setting: gloomy weather